comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] KBS bakal campur tangan cari penyelesaian

Melaka United FC dan Sarawak United FC

MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius kemelut tunggakan gaji yang melanda pasukan bola sepak Liga Malaysia.

Terutamanya membabitkan isu terkini pasukan Melaka United FC dan Sarawak United FC.

Bagi mencari jalan tengah terhadap kemelut itu, KBS akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama dua pengurusan pasukan terbabit bagi meneliti isu sebenar mencari penyelesaian.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, perkara itu tidak boleh dipertikaikan kerana setiap tangga gaji yang diberikan adalah atas penilaian prestasi pemain.

“Jangan risau ni bukan masalah yang tidak ada jalan keluar saya percaya ada jalan keluar sebab ia masalah yang berlarutan tapi hanya perlu datangkan dengan solusi tepat dan betul jadi kena ada.”

“Saya rasa akan ada kerjasama yang baik antara semua badan-badan terutama bola sepak yang boleh kita duduk bersama-sama dengan kementerian dan sebagainya untuk kita bincangkan dengan lebih teliti apa jalan keluar jangka panjang supaya tidak lagi berulang.”

Melaka United dan Sarawak United gagal melunaskan tunggakkan gaji sekaligus memberi tekanan buat pemain yang meminta FAM dan Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) campur tangan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sebelum ini telah menolak rayuan kedua-dua pasukan untuk mendapatkan lesen kebangsaan ekoran kegagalan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.

Loading...
Terkini