comscore
Tumpuan :
Sukan

Kerajaan Pahang lulus peruntukan RM870,000 naik taraf gelanggang boling padang

Kerja pemasangan karpet baharu boling padang di Majlis Sukan Pahang bermua 27 Julai ini. (Foto fail ihsan FB  Bowls Pahang)

KUANTAN: Dalam usaha menaik taraf infrastruktur sukan boling padang, peruntukan RM870,000 disalurkan kerajaan Pahang bagi menukar karpet baharu gelanggang boling padang di Majlis Sukan Pahang (MSP).

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata kerja pemasangan karpet itu akan bermula pada 23 Julai ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga minggu.

Beliau berkata peruntukan kerajaan negeri itu telah disalurkan melalui  MSP bagi melaksanakannya mengikut piawaian yang betul.

“Ini kali pertama gelanggang yang dibina sejak tahun 2012 melalui proses menaik taraf dan saya berharap kerja-kerja pemasangan karpet baharu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kos penggantian karpet ini besar kerana ia menggunakan material khas dan apabila siap kelak, ia pastinya memberi banyak manfaat kepada atlet dan peminat sukan boling padang di Pahang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Fadzli berkata usaha berkenaan membuktikan kerajaan Pahang amat komited untuk memberikan kemudahan terbaik buat para atlet walaupun turut berhadapan dengan kekangan kewangan.

Beliau berkata atlet boling padang Sukan Malaysia (SUKMA) sebelum ini terpaksa berlatih di Kuala Lumpur berikutan gelanggang berkenaan belum dinaik taraf. -BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini