comscore
Tumpuan :
Sukan

Kian Meng-Pei Jing kempunan ke final

Kian Meng-Pei Jing terpaksa akur kehandalan beregu China Zhen Bang-Wei Ya Xin yang menyaksikan mereka tewas 11-21,11-21 pada separuh akhir Terbuka Australia di Sydney sebentar tadi. FOTO: BAM

PETALING JAYA: Hasrat beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Australia di Sydney tidak kesampaian apabila kecundang pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Berdepan pilihan pertama dari China  Zhen Bang-Wei Ya Xin, memang laluan sudah dijangka bakal ditempuh Kian Meng-Lai Pei Jing.

Mereka yang tampil selaku pilihan ke-5 tewas mudah 11-21 pada set pertama.

Meskipun cuba menyaingi penguasaan lawan pada set berikutnya, beregu China itu nyata berada di kelas tersendiri apabila menamatkan cabaran pasangan negara juga dengan mata 21-11 selepas perlawanan berlarutan 33 minit.

Pada aksi final esok Zhen Bang-Ya Xin akan menentang pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung sebentar nanti.

Pertemuan yang membabitkan beregu senegara Guo Xin Wa-Chen Fang Hui yang berdepan pilihan kedua dari Hong Kong, Tang Chun Man -TseYing Suet.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini