comscore
Tumpuan :
Sukan

Larang rakan sepasukan main ping pong, Son Heung-min cedera di jari

Son Heung-Min kecewa selepas Korea Selatan tersingkir dari saingan Piala Asia – FOTO: Reuters

SEOUL: Persekutuan Bola Sepak Korea (KFA) mengesahkan laporan mengenai kecederaan jari yang menimpa kapten skuad kebangsaan, Son Heung-min.

Heung-min, 31 tahun, bertengkar dengan rakan sepasukan pada makan malam menjelang aksi separuh akhir Piala Asia di Doha, Qatar minggu lalu.

Dalam perlawanan itu, Korea Selatan tewas mengejut 0-2 kepada Jordan.

Son Heung-min bersama rakan sepasukan Korea Selatan pada aksi separuh akhir Piala Asia menentang Jordan, 6 Februari lalu – FOTO: Reuters

Berdasarkan laporan The Sun, kejadian bermula apabila sekumpulan pemain muda Korea Selatan termasuk Lee Kang-in, mahu meninggalkan makan malam lebih awal untuk bermain ping pong.

Heung-min tidak bersetuju dengan tindakan itu, kerana baginya, kesempatan untuk makan malam bersama penting, bagi menyemai semangat berpasukan menjelang pertemuan getir menentang Jordan.

Sumber memberitahu, sekumpulan pemain muda itu mengeluarkan kata-kata yang disifatkan tidak menghormati Heung-min, ketika bintang Tottenham Hotspur itu mengarahkan mereka kekal di tempat duduk.

Pertengkaran yang tercetus susulan itu turut menyaksikan pemain-pemain lain campur tangan.

Jari Heung-min terseliuh ketika cuba meleraikan pergaduhan itu dan ia disahkan oleh KFA.

FOTO: Reuters

“Ia berlaku apabila seorang pemain muda mahu segera meninggalkan jamuan makan malam untuk bermain ping pong dan Son bersama beberapa pemain senior melarang pemain terbabit dan berlaku perang mulut.

“Son tercedera di jarinya bila cuba menenangkan keadaan tegang dan dia bermain pada aksi separuh akhir dengan jari kanannya berbalut. 

Insiden itu juga menjurus kepada satu mesyuarat tergempar KFA yang antara lain, membincangkan masa depan ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann yang dilihat tidak memiliki daya kepimpinan.

Mesyuarat itu dijadual berlangsung esok, memandangkan Klinsmann sudah kembali ke Amerika Syarikat dan akan menyertainya secara sidang video.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini