comscore
Tumpuan :
Sukan

Lee Zii Jia ‘berpisah’ dengan Indra Wijaya

FOTO: Team LZJ / Twitter

Oleh Hazreen Mubarak

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengesahkan sudah ‘berpisah’ dengan jurulatihnya iaitu Indra Wijaya, hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri menerusi kenyataan yang dibuat di laman twitternya, petang tadi.

“Amat menyedihkan bahawa kami memutuskan untuk berpisah secara baik dengan jurulatih Indra Wijaya. Kami menghargai segala usaha yang telah diberikannya. Beliau kekal menjadi insan penting dalam mendidik Zii Jia.” katanya.

Indra yang merupakan bekas jurulatih perseorangan di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meninggalkan badan induk itu Februari lalu untuk membimbing Zii Jia yang bergerak secara profesional.

Sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2016, Indra merupakan jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan.

Loading...
Terkini