comscore
Tumpuan :
Sukan

Lee Zii Jia juara Terbuka Arctic kalahkan Ng Tze Yong

FOTO: BAM/ Facebook

PETALING JAYA: Meskipun dikritik hebat susulan prestasi yang tidak konsisten, Lee Zii Jia membuktikan dia masih pemain perseorangan terbaik negara apabila menewaskan Ng Tze Yong untuk menjuarai Terbuka Arctic di Finland sebentar tadi.

Zii Jia yang diramal bakal menghadapi kesukaran berdepan Tze Yong yang mencuri tumpuan dengan persembahan meyakinkan pada saingan di sini, nyata menidakkan andaian itu apabila menampilkan permainan yang lebih bertenaga.

Tze Yong pula tercari-cari rentak menyaksikan dia terpaksa akur dengan kekalahan 14-21 pada set pertama.

Set kedua terus menampilkan penguasaan Zii Jia.

Pantas mendahului 11-5, Zii Jia meneruskan tekanan kepada Tze Yong apabila makin selesa di depan  16-10.

Ng Tze Yong akur masih sukar gugat Lee Zii Jia sebagai pemain nombor satu negara. – FOTO: BAM/ Facebook

Kebangkitan lewat yang cuba dijelmakan Tze Yong juga tidak menjadi apabila Zii Jia menghampiri mata kejuaraan 18-12

Ketika memiliki Zii Jia memiliki kelebihan lapan mata penamat, Tze Yong sempat merapatkan kedudukan menambah tiga mata.

Namun Zii Jia memastikan kejuaraan pertamanya musim ini apabila mengakhiri cabaran Tze Yong dengan menamatkan set kedua 21-15 pada saingan keseluruhan yang memakan masa 40 minit.

Kali terakhir Zii Jia mengecapi kejuaraan di pentas antarabangsa pada Terbuka Thailand, Mei tahun lalu.

Loading...
Terkini