comscore
Tumpuan :
Sukan

LIGA SUPER: Kelantan janji bonus jika tewaskan Kedah esok

Penolong pengurus Kelantan Darul Naim FC, Datuk Mohd Rowi Dollah (tengah) mengesahkan pengurusan akan memberikan bonus kepada pasukan jika menang ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super 2024/25, malam esok. FOTO: KDN FC

KOTA BHARU: Sebagai motivasi tambahan buat pemain, pengurusan Kelantan Darul Naim (KDN) FC menjanjikan pemberian bonus jika menang ke atas  Kedah Darul Aman (KDA) FC, dalam saingan Liga Super, malam esok.

Penolong pengurus pasukan, Datuk Mohd Rowi Dollah berkata, habuan itu dijadikan suntikan semangat untuk pemain berjuang sebaik mungkin dan merebut kemenangan dalam kunjungan ke Stadium Darul Aman.

Katanya, pasukan benar-benar mahukan kemenangan ke atas Kedah.“Saya yakin pemberian bonus ini akan menjadi faktor pendorong untuk pemain beraksi dengan cemerlang pada perlawanan nanti,” kata Mohd Rowi.

Menurutnya, pengurusan sentiasa menjaga kebajikan pemain dan prihatin dengan komitmen yang ditunjukkan.

Maka wajar bagi pihak pengurusan berusaha memastikan insentif seperti pemberian bonus diberikan jika mereka (pemain) berjaya memperoleh kemenangan dalam setiap perlawanan Liga Super musim 2024/25.

Terdahulu, pengurusan mengotakan janji memberi bonus kepada barisan pemain dan kejurulatihan selepas KDN FC mengutip tiga mata pertama saingan Liga Super menentang PDRM FC pada 23 Jun lalu.

KDN FC kini ditangga kedua tercorot Liga Super mengumpul tiga mata selepas empat perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini