comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia lawan Denmark di suku akhir Piala Sudirman

FOTO: BAM/ Facebook

KUALA LUMPUR: Skuad badminton berpasukan campuran negara diundi menentang Denmark bagi aksi suku akhir Piala Sudirman 2023, hari ini.

Sesi undian itu diadakan di Suzhou, China selepas tamat kesemua aksi peringkat kumpulan.

Berdasarkan undian itu, pasukan negara juga dijadual menentang Korea Selatan atau Taiwan di separuh akhir.

Malaysia muncul juara kumpulan C selepas menang kesemua tiga perlawanan dengan menewaskan Australia 5-0, India 5-0 dan Taiwan 4-1.

Untuk rekod, pencapaian terbaik negara dalam saingan Piala Sudirman adalah mara ke separuh akhir di Guangzhou, China pada 2009 dan Vantaa, Finland pada 2021.

Loading...
Terkini