comscore
Tumpuan :
Sukan

Misi hidup mati Harimau Malaya 

Matt Davies dijangka sekali lagi diberi kepercayaan selaku kapten Harimau Malaya menentang Bahrain malam ini.- Foto ihsan AFC

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya meraih tempat ketiga terbaik kumpulan,,,itulah misi Harimau Malaya untuk melakar sejarah mara ke kelompok 16 terbaik dalam saingan Piala Asia di Doha Qatar.

Namun merealisasikan impian itu skuad bimbingan Kim Pan Gon itu tidak boleh lagi kehilangan mata berdepan Bahrain pada aksi kedua malam ini selepas tewas 0-4 menentang Thailand, Selasa lalu.

Kalah bererti peluang melayakkan diri sudah tertutup, jika berupaya mencatat keputusan seri, juga satu laluan sukar,  menanti selepas ini gergasi Asia, Korea Selatan.

Kedudukan pencabar lain untuk merebut empat  tempat ketiga terbaik kumpulan juga nampaknya lebih baik berbanding Malaysia.

Latihan terakhir Harimau Malaya sebelum menghadapi Bahrain malam ini, Shahrul Saad (depan) antara yang dijangka membarisi kesebelasan utama Harimau Malaya.- Foto ihsan AFC

Antara pasukan yang berpeluang cerah mengisi kedudukan ketiga terbaik kumpulan selepas masing-masing beraksi dua perlawanan ialah, Uzbekistan, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Jepun dan Indonesia.

Dalam Kumpulan B, Uzbekistan kini mengumpul empat mata, begitu juga UAE dalam Kumpulan D, manakala Jepun dan Indonesia masing-masing sudah ada tiga mata dalam Kumpulan D.

Perkiraan itu tidak termasuk perlawanan membabitkan Kumpulan E dan F yang baru beraksi satu perlawanaan.

Kim Pan Gon, ‘magis’nya diharapkan mampu memerangkap Bahrain.- Foto ihsan AFC

Bermakna hanya kemenangan ke atas Bahrain malam ini pilihan tunggal buat Harimau Malaya untuk meneruskan langkah.

Bagi pemain pertahanan, Shahrul Saad, dia mengharapkan dapat melakar detik manis bersama rakan sepasukan di Qatar.

“Sebagai pemain, mesti kita nak dapatkan sesuatu untuk diri kita sendiri dan saya merasakan tahun ini mungkin tahun terakhir saya bermain untuk kempen Piala Asia.

“Kita tak tahu lagi untuk edisi yang akan datang, umur saya pun sudah bertambah dan saya tak pasti lagi keadaan macam mana. Selagi kami mampu buat yang terbaik, kami akan bagi segala-galanya,” kata Shahrul.

Pertemuan Harimau Malaya menentang Bahrain dijadual jam 10.30 malam ini di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha.

Sebelum itu satu lagi aksi Kumpulan E berlangsung, Korea Selatan menentang Jordan, jam 7.30 malam.

Loading...
Terkini