comscore
Tumpuan :
Sukan

Nada yakin Speedy Tigers berdepan Pakistan esok

Aksi persahabatan Malaysia menentang Korea semalam sebelum berdepan Pakistan pada aksi pembukaan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh esok. – FOTO: Ihsan MHC

IPOH: Malaysia memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-30 di Ipoh menentang Pakistan esok, diiringi keyakinan tinggi ketua pasukan Marhan Jalil pada perlawanan pertama menentang Pakistan, Sabtu ini (esok).

“Kami sudah bertemu Pakistan banyak kali dan yang terbaru adalah di kelayakan Olimpik dekat Oman pada Januari lalu. Keputusan ketika itu terikat 3-3.

“Kami sedang membentuk pasukan baharu. Ia akan mengambil masa dan saya yakin pemain akan memberikan yang terbaik pada kejohanan kali ini,” katanya selepas perlawanan menentang Korea semalam  yang menyaksikan dia serta beberapa tonggak lain direhatkan oleh pengendali Speedy Tigers, Sarjit Singh.

Pada perlawanan itu Malaysia tewas 1-2, aksi persahabatan pertama sebelum itu, Malaysia mengalahkan New Zealand 3-2.

Bagi Marhan, keputusan perlawanan bukanlah menjadi keutamaan kepada pasukan, sebaliknya ia memberi minit permainan kepada barisan pemain sebelum turun beraksi dalam ujian sebenar terutamanya pertemuan pertama dengan Pakistan, esok

Pada edisi Piala Sultan Azlan Shah kali ini, Malaysia yang berada di ranking ke-13 dunia akan berdepan New Zealand (ke-10), Korea (ke-11), Pakistan (ke-15), Jepun (ke-16) dan Kanada (ke-19).

New Zealand menjadi satu-satunya pasukan akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 yang berada dalam kejohanan ini dan tentunya penyertaan mereka menambah prestij kejohanan jemputan itu.

Selepas berakhir Piala Sultan Azlan Shah, Speedy Tigers mempunyai dua lagi pertandingan tahun ini iaitu Piala Negara-Negara di Gniezno, Poland pada 31 Mei hingga 9 Jun dan Piala Juara-Juara Asia di Mongolia bermula 8 hingga 17 September depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini