comscore
Tumpuan :
Sukan

Negeri Sembilan tambah derita PDRM

FOTO: MFL/ Facebook

Oleh Fariz Zolkarnain

PETALING JAYA: Negeri Sembilan FC berjaya meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super 2023 apabila menewaskan PDRM FC 2-1, malam tadi.

Lebih menarik, kejayaan itu turut menyaksikan skuad kendalian K. Devan naik ke tangga keenam mengumpul 16 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-41.

Bersambung babak kedua, PDRM kembali melancarkan serangan berbahaya ke kubu pelawat.

Gol penyamaan yang dicari-cari tuan rumah akhirnya menjelma pada minit-minit akhir permainan melalui penyudah Amirul Wai’ie Ya’acob.

Ketika permainan seakan berakhir dengan keputusan seri, A. Selvan muncul wira Negeri Sembilan apabila sepakan volinya berjaya menewaskan penjaga gol PDRM, Nor Hakeem Hamidun pada masa kecederaan.

Kemenangan 2-1 itu menyaksikan Negeri Sembilan berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut selepas menumpaskan Kuala Lumpur City FC juga dengan keputusan sama, 14 Mei lalu.

PDRM yang mengalami kekalahan kelima berturut-turut setakat ini kekal berada di tangga ke-10 dengan 10 mata.

Loading...
Terkini