comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di beberapa tempat hingga jam 5 petang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda tujuh negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 5 petang ini.

Selain seluruh Melaka, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran berkata, cuaca itu diramal di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Di Kelantan katanya cuaca itu diramal di kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu membabitkan kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang pula membabitkan kawasan Kuala Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Cuaca sama diramal di daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan,” katanya.

Ramalan cuaca itu turut dikeluarkan bagi kawasan Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) serta Mukah di Sarawak.

“Di Sabah pula membabitkan kawasan pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat (Kota Marudu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini