comscore
Tumpuan :
Sukan

NSFC, Penang FC akur kongsi satu mata

Pemain NSFC dan Penang FC berebut bola di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam aksi ke-15 Liga Super

PAROI: Pertemuan Negeri Sembilan (NSFC) dan Penang FC berkesudahan dengan kedudukan satu sama menyasikan kedudukan kedua-duanya di Liga Super tidak berganjak.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, tuan rumah terselamat daripada kekalahan kelima sewaktu menentang lawan yang mengutip satu mata dari empat perlawanan terakhir.

Gol yang ditunggu-tunggu hanya hadir pada separuh masa kedua, menerusi penyudah Giovane Gomes pada minit ke-49 untuk memberikan harapan pelawat mengutip mata penuh.

Skuad bimbingan K. Devan hadir berkali-kali ke gawang Penang FC namun tidak berjaya menembusi lawan.

Cubaan barisan Manzoor Azwira Abd Wahid merakam kemenangan kelima musim ini lebur selepas dikecewakan gol penyamaan Tommy Mawat dua minit sebelum aksi tamat.

NSFC kekal di tangga kesembilan, mengumpul 19 mata, dihadapan Harimau Kumbang dengan kelebihan tiga mata.

Loading...
Terkini