comscore
Tumpuan :
Sukan

NSFC tekad pertahan kelebihan

Nasrullah Hanif (kanan) pikul tugas berat bersama skuad Negeri Sembilan FC pada pertemuan menentang Kedah, Jumaat ini. – FOTO: NSFC

SEREMBAN: Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) akan berusaha mempertahankan rekod baik dicapai dalam pertemuan dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC, apabila kedua-dua akan bertemu pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Jumaat ini.

Jika mengambil kira rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Paroi, jelas skuad Hobin Jang Hobin mempunyai kelebihan dengan pertemuan terakhir tahun lalu mereka menang 2-1, dan kini mereka berpeluang meneruskan rentak itu jika beraksi mantap.

Justeru, penolong kapten pasukan berkenaan, Nasrullah Hanif Johan, menggesa pemain memberikan komitmen tinggi dalam pertembungan penting ini untuk memastikan misi memburu tiga mata dapat direalisasikan.

Menurutnya, meskipun kekuatan anak buah Nafuzi Zain dilihat mantap namun ia tidak boleh dijadikan halangan untuk mereka memperagakan aksi bertenaga dalam misi mendapatkan keputusan positif.

“Saya menjangkakan pertembungan Kedah memang sukar kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri, tapi kami akan berusaha untuk mempertahankan kelebihan dan rekod baik yang pernah kami capai dengan Kedah sebelum ini.

“Justeru, semua pemain yang dipilih nanti perlu melaksanakan tugas masing-masing dengan cemerlang kerana pasukan memerlukan kemenangan untuk mendapatkan posisi yang lebih baik dalam carta liga.

“Saya yakin dan percaya, semua rakan sepasukan sudah bersedia untuk memperagakan aksi mantap dan akan bekerja keras mempertahankan maruah pasukan di laman sendiri,” katanya.

Loading...
Terkini