comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Hoe Yean, Rouxin kongsi misi sama ke Paris

Hoe Yean (kiri) dan Rouxin tekad pecah rekod peribadi di Sukan Olimpik Paris.- Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Perenang muda negara,  Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin  berkongsi misi sama  psfs saingan Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirainya 26 Julai ini.

Masing-masing menuju ke Paris dengan satu tekad memecah rekod kebangsaan dan peribadi yang dimiliki.

Hoe Yean, 22, menyasarkan untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m)

“Matlamat saya ialah memperbaiki masa peribadi (rekod kebangsaan). Saya sedang berusaha mengatasi masa terbaik saya 3:48.36 saat (s) supaya saya boleh terus meningkat.

“Ini adalah sebahagian dari matlamat utama di Paris. Saya sangat gembira untuk berada di sana. Saya hanya ingin melakukan persembahan yang terbaik dan meraih pengalaman di Paris,” kata Hoe Yean pada sesi latihan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.

Sebelum ini, Hoe Yean memecahkan rekod kebangsaan 400 m gaya bebasnya pada Terbuka Australia di Gold Coast April lalu.

Hoe Yean berkata melangkah ke temasya sukan beprestij itu merupakan impiannya sejak kecil dan tidak mahu mensia-siakannya.

Bagi perenang wanita negara Rouxin, dia mengakui tidak menjangka akan membuat penampilan di temasya berprestij itu pada usia 18 tahun..

Justeru, dia akan menggunakan peluang beraksi di Olimpik itu sebagai medan untuk mengumpul pengalaman selain berharap mampu memecahkan rekod peribadinya dalam acara 100 m kuak dada.

“Saya fikir ini adalah memori yang tak akan dapat diIupakan kerana dapat menyertai Olimpik pada usia sebegini muda. Saya sangat gembira dan teruja untuk mewakili Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin melawat kem renang bagi berjumpa Hoe Yean dan Rouxin.

— BERNAMA —

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini