comscore
Tumpuan :
Sukan

Peguam pula tawar beli The Red Warriors – Norizam

 

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelantan FC, bersedia menjual kelabnya jika ada mana-mana pihak yang menawarkan bayaran yang mampu memberi pulangan modalnya selama empat musim menguruskan The Red Warriors (TRW).

Norizam Tukiman menerusi kenyataannya di laman Facebook menjelaskan jumlah itu termasuk hutangnya dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang berjumlah RM3.8 juta dan individu atau pemilik baharu boleh menyambung tuntutan terhadap persatuan itu.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menjelaskan beliau akan menyelesaikan hutang lama atau baru yang ditanggung kelab terbabit.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan terdapat individu yang dikenali sebagai Kamal Hisham Jaafar menyatakan minat mahu membeli TRW.

Katanya, semua individu yang mahu mengambil alih kelab dari Pantai Timur itu bagaimanapun perlu menunjukkan bukti dana terlebih dahulu.

“Lawyer (peguam) Kamal Hisyam orang Johor pertama tawar nak beli TRW. Orang Kelantan pula Datuk Seri Vida dan saudara Erfan Gym. Penswastaan, siapa-siapa pun boleh beli.

“Setakat ini saya belum terima apa-apa bukti plan penambahbaikan dan bukti fund (dana) dari yang berminat. Kalau sungguh, call (hubungi) dan sit down (duduk berbincang).

“Saya tak untung takpa, asal balik modal. Kalau rugi, biarlah bersesuaian. Warga Kelantan ke mana ke, sila email ke [email protected] dan hantar surat tunjuk minat beserta proof of fund.

“Dulu masa TRW di Liga Perdana saya beli pun kena buktikan proof of fund dengan membayar deposit RM3 juta terus sebelum bayar habis semua hutang dengan nilai RM7 juta. Terus buat dan selesai.

“Apa-apa keputusan, saya akan bawa kepada perhatian MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan mesyuarat luar biasa EGM sebelum saya putuskan penjualan. Buat masa sekarang, saya takda terima apa-apa dari mana-mana pihak, yang cakap ramai,” katanya.

Selain itu, Zamsaham meminta Kamal menghubunginya dan berbincang jika individu terbabit benar-benar serius mahu membeli kelab itu.

Terdahulu, Kamal di laman Facebooknya memuat naik kenyataan bahawa beliau sedang mengkaji untuk membeli TRW sekiranya harga yang munasabah.

Loading...
Terkini