comscore
Tumpuan :
Sukan

Pengurusan KL City perlu telus soal gaji – Fahmi

KUALA LUMPUR: “Pengurusan perlu telus. Saya bukan sebahagian daripada jawatankuasa eksekutif, saya hanyalah penaung, dan saya cuma mahu membantu, tetapi sukar jika isu asas di KL City tidak diselesaikan,” itu kata Penaung KL City, Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menggesa pengurusan kelab itu supaya berlaku adil dalam isu tunggakan gaji pemain-pemainnya.

Beliau turut menggesa pengurusan KL City untuk melakukan pemilihan di mesyuarat agung akan datang bagi menyelesaikan isu-isu yang membelenggu kelab berkenaan.

Menurut Fahmi dia sudah menyampaikan pandangannya kepada Setiausaha Agung KL City, Nokman Mustafa, tetapi beberapa isu asas masih belum diselesaikan

“Saya sudah cuba membantu dan bersimpati dengan pemain-pemain KL City.Saya ada berjumpa beberapa orang pemain di bilik persalinan untuk membantu mereka sebelum ini, ketika kelab hampir tersingkir dan tidak dibenarkan menandatangani pemain import,” katanya.

Isu berkaitan tunggakan gaji pemain KL City menjadi isu hangat apabila kaptennya, Paulo Josue mendedahkan yang dia sudah hampir tujuh bulan tidak dibayar gaji. –

==BERNAMA==

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini