comscore
Tumpuan :
Sukan

Penyokong JDT dapat lebih banyak tiket?

Foto poster final Piala FA.

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan menerima semula sebahagian tiket perlawanan akhir Piala FA yang tidak habis dijual oleh Kuala Lumpur (KL) City FC.

Badan pengelola Liga M itu menjelaskan tiket yang diserahkan semula oleh KL City itu akan dijual kepada penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT).

Katanya, perkara itu sudah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan menerusi hebahan media yang dikeluarkan pihak MFL sebelum ini.

“Bagaimanapun, penyokong KL City masih boleh membeli tiket aksi final itu yang masih ada diperuntukkan buat mereka.

Untuk maklumat terkini mengenai penjualan tiket, sila nantikan pengumuman rasmi daripada kedua-dua pasukan finalis, KL City dan JDT,” jelas MFL.

Aksi final Piala FA akan berlangsung di gelanggang keramat Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.

JDT menerusi Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tiger sebelum ini memaklumkan tiket final Piala FA untuk pasukan itu sudah habis dijual selepas beberapa hari dibuka kepada penyokong.

Mengikut rekod, MFL menetapkan lima kategori tiket untuk diagihkan secara sama rata kepada pasukan finalis, JDT dan KL City.

Kategori tiket yang ditawarkan itu termasuk  ‘General Admission’ berharga RM50, Piala FA ‘Grandstand’ RM100, Piala FA Premium RM150, MFL Premium RM150 dan MFL ‘Grandstand’ RM200.

Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri mempunyai kapasiti 40,000 orang penonton.

Loading...
Terkini