comscore
Tumpuan :
Sukan

Permotoran – Red Bull sedia buka pintu buat Vettel

Vettel bakal diberi peranan dalam pengurusan Red Bull. – FOTO: AFP

PARIS: Red Bull sedia menerima Sebastian Vettel jika juara dunia empat kali itu mahu kembali dalam saingan Formula Satu (F1).

Bagaimanapun, peranan yang ingin ditawarkan Red Bull kepada Vettel itu bukanlah di posisi pemandu.

Pasukan berkenaan baru sahaja menandatangani Daniel Ricciardo sebagai pemandu ujian dan untuk tujuan pemasaran pada 2023.

Ketika bekas pemandu mereka berusia 35 tahun itu, sudah tidak berminat lagi untuk berlumba, maknanya akan ada peranan lain buat Vettel dalam pengurusan pasukan F1 itu.

“Kehidupannya pasti berbeza dengan pengalamannya sebagai pemandu. Dia datang bekerja lebih awal, keluar kemudian dan hanya menerima sebahagian kecil daripada gaji juruterbang,” kata Ketua Red Bull Racing, Helmut Marko.

Untuk masa terdekat Vettel berkata dia sekurang-kurangnya akan berehat daripada jadual padat pemandu F1 tahun depan.

Bagaimanapun, dia terbuka dengan peranan pengurusan pasukan.

“Tak apa, saya dah biasa bangun awal dengan anak-anak. Ketika saya berada dalam Formula 3, Marko pernah mengejutkan saya pada pukul tujuh pagi,” kata Vettel. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini