comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA ASIA 2023: India gagal sekat Australia raih 3 mata pertama

Australia yang merupakan juara edisi 2015 menghadiahkan India kekalahan pertama di Al Rayyan hari ini.- Foto: Reuters

AL RAYYAN: Dua jaringan di babak kedua memastikan Australia merakam kemenangan pertama dalam saingan kumpulan B Piala Asia 2023 ketika menentang India.

Penyudah Jackson Irvine lima minit selepas rehat di Ahmad bin Ali Stadium, Al Rayyan meleraikan kekentalan India yang berjaya mengikat kedudukan 0-0 di 45 minit pertama permainan.

Percaturan Graham Arnold memasukkan Jordan Bos minit ke-72 membuahkan hasil apabila pemain itu menolak masuk gol kedua Socceroos seminit selepas itu.

India yang dibimbing Igor Stimac banyak kali lolos ke kawasan kotak penalti untuk mencemaskan lawan.

Namun mereka gagal mengimbangi permainan yang lebih banyak didominasi Australia sepanjang 90 minit.

Loading...
Terkini