comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA ASIA 2023: Pan Gon persiap kombinasi alternatif jumpa Korea Selatan

DOHA: Latihan kedua terakhir pasukan kebangsaan menjelang pertemuan dengan Korea Selatan Khamis ini seakan memberi sinar baharu apabila jurulatih Kim Pan Gon berpeluang mencuba kesebelasan baharu.

Dalam aksi kedua Piala Asia 2023 menentang Bahrain 20 Januari lalu, Malaysia membuat empat perubahan daripada pemain yang memulakan permainan melawan Jordan.

Dijangkakan, empat pertukaran dikalangan kesebelasan sekali lagi mengambil tempat yang mungkin membabitkan bahagian pertahanan, tengah dan sayap menerusi sesi pada jam 12.30 tengah hari di Qatar University.

Bagaimanapun, skuad negara masih memiliki sehari lagi iaitu esok untuk menyediakan barisan terbaik menghadapi pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann.

Tiga pemain, Muhammad Syahmi Safari, Matthew Davies dan Natxo Insa pula kelihatan mengikuti program pemulihan hari ini.

Aksi Malaysia-Korea Selatan di Al Janoub Stadium jam 2.30 petang (7.30 malam Malaysia) merupakan perlawanan terakhir dan pelengkap kumpulan E yang menentukan slot kemaraan ke pusingan kedua dikalangan Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

Loading...
Terkini