comscore
Tumpuan :
Sukan

Selangor kalahkan Sabah, kukuhkan kedudukan tangga kedua Liga Super

Pemain Selangor, Ayron del Valle membuka jaringan pada minit ke-23 dalam aksi Liga Super menentang Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Foto SELANGOR FC

KUALA LUMPUR: Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super apabila menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Ayron Del Valle muncul wira Selangor apabila berjaya menyudahkan umpanan Richmond Boakye pada minit ke-23, sekali gus menyumbang tiga mata penting buat Gergasi Merah.

Meskipun aksi lebih menarik dipamerkan pada babak kedua, tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan kedua-dua pasukan.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor kini mengumpul 40 mata, 11 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berjaya menjarakkan kedudukan enam mata dari Kedah Darul Aman (KDA) dan Sri Pahang yang menghuni tangga ketiga dan keempat.

Sabah yang mengalami kekalahan kelima dalam saingan liga musim ini berada di kedudukan kelima dengan mengumpul 33 mata.

Loading...
Terkini