comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad Negara Perlu Kembali Bangkit Di Pusingan Kelayakan Piala Asia B-17 Di Bogor

FOTO: FAMalaysiaOfficial/Facebook

BOGOR: Pasukan negara berazam bangkit semula dalam Pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun 2023 apabila turun dalam perlawanan ketiga Kumpulan B menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) petang ini.

Skuad bimbingan Osmera Omaro itu mengakui tidak mempamerkan persembahan yang diharapkan menyebabkan mereka keciciran mata selepas diikat Guam 1-1 dalam perlawanan sebelum ini.

Kempen Malaysia tersentak apabila tidak mampu menewaskan Guam yang menjadi pasukan belasahan di Indonesia sekaligus menyebabkan mereka mengumpul 4 mata daripada 2 perlawanan.

Justeru skuad negara tiada pilihan selain daripada wajib menang dalam aksi berikutnya sekiranya ingin menghidupkan peluang ke Pusingan Akhir.

“Daripada baki 2 perlawanan ini kita masih perlukan kemenangan, pemain sedar mereka telah bermain kurang baik sebelum ini, jadi kesedaran ini lebih baik dan kita yakin boleh buat sesuatu (lawan UAE dan Indonesia) nanti.” kata Osmera ketika persiapan pasukan di Bogor.

Malaysia akan turun menentang UAE jam 5 petang ini waktu Malaysia di Stadium Pakansari sebelum menamatkan saingan berdepan tuan rumah Indonesia Ahad nanti.

Loading...
Terkini