comscore
Tumpuan :
Sukan

Speedy Tigers tewas kepada skuad kedua Belgium

Jurulatih kebangsaan Sarjit Singh menyatakan sesuatu kepada pemain pada pertemuan persahabatan menentang Belgium di Antwerp. FOTO: MHC / Facebook

KUALA LUMPUR: Skuad hoki kebangsaan gagal mengulangi penampilan kemas pada aksi pertama perlawanan persahabatan apabila tewas kepada Belgium 2-4 di Antwerp, Belgium.

Ketika peminat hoki kebangsaan mengharapkan pertemuan menentang skuad utama Belgium menguji pasukan bimbingan Sarjit Singh itu, tuan rumah sekali lagi membariskan pasukan kedua.

Malaysia yang menghuni ranking ke-12 dunia bagaimanapun gagal menyaingi skuad ‘B’ Belgium menyaksikan lawan satu ketika mendahului 3-0 menerusi jaringan minit ke-22, 26 dan 58, sebelum Faizal Saari merapatkan kedudukan dengan meledak dua gol pada minit ke-31 dan 55.

Belgium bagaimanapun menambah satu lagi gol untuk memastikan kemenangan 4-2 pada minit ke-58.

Pada perlawanan pertama yang berlangsung Ahad lalu Malaysia menang 3-1.

Apa yang pasti peminat hoki kebangsaan kini menanti Belgium selaku juara Olimpik 2020 yang mendudukki ranking ke-3 dunia, menurunkan barisan utama mereka untuk perlawanan ketiga Jumaat ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini