comscore
Tumpuan :
Sukan

Tampalan kulit ‘serasi’ tutup luka lecur Faisal 

SHAH ALAM: Perkembangan pemulihan pemain sayap Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim.

Prosedur ‘skin allorgraft’ yang dibawa dari Belgium bagi pembedahan ketiga Khamis lalu, dikatakan sudah menampakkan tindak balas penyesuaian dengan kulit pemain berkenaan.

Jika situasi positif ini berterusan, proses penyembuhan luka akibat simbahan asid sulfurik berkenaan dijangka lebih cepat.

Perkembangan terbaharu ini dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Prosedur itu diimplementasi dalam salah satu cara untuk mempercepatikan proses pemulihan pemain prolifik kebangsaan itu.

“Setakat ini, saya lihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses ’skin allograft’ juga boleh dikatakan berjaya tanpa sebarang masalah,” katanya.

Faisal telah berada di unit rawatan rapi (icu) selama sembilan hari sejak 5 mei lalu, selepas menjadi mangsa simbahan asid sehingga mengalami kecederaan kelecuran tahap empat.

Pemain itu dijangka menjalani beberapa lagi siri pembedahan membaiki tisu kulit minggu ini dan kali ini membabitkan pemindahan kulit dari bahagian badannya sendiri.

Loading...
Terkini