comscore
Tumpuan :
Sukan

Terbuka Malaysia 2024: Tze Yong tarik diri di pusingan pertama, sakit belakang

Foto: BAM

Oleh: Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan badminton lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 selepas mengalami kecederaan belakang.

Pemain berusia 23 tahun kelahiran Johor Bahru itu pada mulanya dilihat mengalami kecederaan ketika aksi sedang berlangsung 7-7 menentang pemain Jepun, Koki Watanabe.

Walaupun cuba untuk menahan kesakitan selepas itu, Tze Yong akhirnya membuat keputusan menarik diri selepas ketinggalan 8-12.

Sejurus selepas keluar gelanggang, Tze Yong mengakui kecederaan yang dialami itu sangat menyakitkan dan beliau memohon maaf kepada penyokong tempatan yang hadir di Axiata Arena, hari ini.

“Waktu saya nak ‘smash’ tadi, saya rasa sangat sakit. Sakit ini tak boleh tahan.

“Saya tak pernah sakit (belakang) dan saya belum tahu tahap kecederaan saya ini,” katanya.

Keputusan Tze Yong menarik diri itu menyaksikan tiada lagi wakil perseorangan lelaki negara di Terbuka Malaysia 2024 selepas seorang lagi pemain, Lee Zii Jia tewas kepada pemain China, Lu Guang Zu 21-16, 19-21, 15-21 di pusingan pertama, semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini