comscore
Tumpuan :
Sukan

TFC catat kemenangan pertama di Liga Super

FOTO: MFL

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) berjaya melakar kemenangan pertama musim ini selepas menewaskan PDRM FC 1-0 pada aksi keempat Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

Kemenangan itu hadir selepas skuad pelawat kendalian Azzmi Ab Aziz terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain pada penghujung babak pertama apabila penjaga gol, Mohamad Ramdhan Ab Hamid dilayangkan kad merah kerana mengasari Jordan Mintah di luar kotak penalti.

Beraksi dengan sepuluh pemain pada babak kedua tidak melemahkan pemain pelawat yang kental bertahan mengekang asakan bertali arus tuan rumah.

Bagaimanapun pada minit ke-76, pintu gol skuad The Cops akhirnya bocor selepas pemain pertahanan import TFC, Sardor Qulmatov meledak jaringan hasil sepakan sudut Hairiey Hakim.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbrukner melonjak ke tangga keenam manakala PDRM FC ketujuh dengan masing-masing mengutip empat mata.

Loading...
Terkini