comscore
Tumpuan :
Sukan

Trio recurve wanita layak ke Olimpik Paris

KUALA LUMPUR: Pasukan recurve wanita kebangsaan menempah slot ke Sukan Olimpik 2024 selepas mara ke separuh akhir kejohanan ArcheryInParis Final Olympic Qualifier di Antalya, Turkiye, hari ini.

Pada suku akhir trio negara yang dibarisi Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh  menumpaskan Colombia yang diwakili Ana Maria Rendon, Valentina Acosta Giraldo dan Maira Sepulveda 6-0.

Mereka kemudian meneruskan momentum kemenangan dengan melangkah ke final selepas menewaskan Megan Havers, Bryony Pitman dan Penny Healey dari Great Britain, 5-3.

Bagaimanapun, pasukan negara terpaksa akur dengan kehebatan pemanah dari China iaitu Yang Xiaolei, Li Jiaman dan An Qixuan pada aksi final.

Namun pemanah kebangsaan tetap menampilkan tentangan sengit sebelum tewas 4-5 untuk membawa pulang pingat perak.

Sebelum ini, Ariana berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik dalam acara recurve wanita selepas memenangi pingat emas Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, November lepas.

Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung di Paris dari 26 Julai-11 Ogos ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini