comscore
Tumpuan :
Sukan

Tze Yong kandas di separuh akhir Terbuka Australia

Ng Tze Yong tewas kepada Lu Guang Zu 18-21, 15-21 pada aksi separuh akhir di Sports Centre, Sydney, Australia. – FOTO: BAM/Facebook

Oleh: Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk meneruskan kemaraan di Terbuka Australia tidak kesampaian apabila kandas pada peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Tze Yong, 22, tewas kepada bintang meningkat naik dari China, Lu Guang Zu dengan keputusan 18-21, 15-21 dalam perlawanan yang mengambil masa 51 minit.

Guang Zu dijadual menentang pemain Jepun, Kodai Naraoka atau rakan sepasukan, Shi Yu Qi di pentas akhir, esok.

Berdasarkan rekod, ini kali kedua berturut-turut Tze Yong tewas kepada Guang Zu selepas tunduk seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia, Jun lalu.

Sekalipun tewas di Sydney, Tze Yong dijangka dapat memperbaiki kedudukan ranking dalam kalangan 32 terbaik dunia menjelang akhir tahun ini sekaligus berpeluang beraksi di kejohanan bertaraf Super 1000, musim depan.

Loading...
Terkini