comscore
Tumpuan :
Sukan

Young Tigers berjaya elak kedudukan tercorot

Foto: Media SOJC

JOHOR BAHRU: Skuad hoki remaja kebangsaan  menewaskan Afrika Selatan 3-2 untuk menamatkan saingan di tempat ke tujuh dalam aksi Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) Edisi ke-11 di Stadium Hoki Taman Daya, petang tadi.

Seawal minit ke-10 skuad kebangsaan bimbingan Muhamad Amin Rahim ketinggalan hasil gol padang Viwe Mbata.

Bagaimanapun tumpuan pemain negara tidak mudah terjejas, mereka pantas menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi  Che Nut Aqirullah Anwar.

Bersambung babak kedua pada suku ketiga, Young Tigers berjaya mendahului pasukan lawan minit ke-39 selepas Harris Iskandad Osman menjaringkan gol padang.

Namun kelekaan barisan pertahanan membuka ruang buat  Afrika Selatan menyamakan kedudukan minit ke-49 suku keempat perlawanan menerusi jaringan padang Cameron le Forestier.

Barisan pemain muda negara kembali memperkemaskan rentak dan menggandakan asakan.

Ketika aksi berbaki empat minit, Mughi Mohamad Kamal menjaringkan gol padang sekaligus mengesahkan kemenangan 3-2 skuad negara.

“Kemenangan ke atas Afrika Selatan beri lebih keyakinan buat pemain untuk menghadapi Piala Dunia Remaja dan kita tidak ada masa lagi malah saingan SOJC merupakan fasa terakhir sebelum beraksi di pentas berkenaan dan akan adakan `post-mortem’ bagi tingkatkan lagi kualti permainan.

“Secara keseluruhan sepanjang saingan SOJC, kita nampak keinginan pemain menjaringkan gol dan selain itu kita juga perlu pertingkatkan lagi disiplin bertahan kerana kerap beri pasukan lawan pukulan sudut penalti yang tidak sepatutnya,” ujar Muhamad Amin.

Loading...
Terkini