comscore
Tumpuan :
Sukan

Young Tigers terlepas tempat kesembilan

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Selepas gagal memenuhi sasaran awal layak ke suku akhir Piala Dunia Remaja, ketua jurulatih Muhammad Amin Rahim hampa lagi apabila anak buahnya  dikecewakan dengan kekalahan 3-5 di tangan Belgium menerusi penalti shoot-out selepas terikat 2-2 aksi sebenar klasifikasi sembilan sehingga 12 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil  hari ini.

Sekali lagi kelemahan menyempurnakan pukulan sudut penalti yang terus membelenggu skuad negara.

Belgium lebih dahulu memecah kebuntuan selepas Max Luyten bijak mencari ruang dalam kawasan D untuk menewaskan penjaga gol  Mohamad Rafaizul Mohamad Saini  pada minit ke-28.

Hujan lebat menyaksikan aksi separuh masa kedua terpaksa ditangguhkan selama 40 minit

Belgium dilihat tampil lebih agresif, untuk menambah jaringan kedua menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan oleh Hugo Labouchere minit ke-36.

Bagaimanapun skuad negara tidak mudah menyerah apabila merapatkan kedudukan menerusi gol padang  pemain tengah, Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari minit ke-37 seminit kemudian.

Memasuki suku keempat, skuad negara akhirnya meraih gol penyamaan selepas dihadiahkan penalti stroke yang disempurnakan Mohammad Harris Iskandar Osman minit ke-51, sekali gus memaksa perlawanan ditentukan menerusi penentuan shoot-out.

Bagaimanapun nasib sekali lagi tidak menyebelahi barisan muda negara apabila akur dengan keputusan 3-5.

Shoot-out skuad negara disempurnakan Shahmie Irfan Suhaimi, Mughni Mohamad Kamal Muhamad Faris Harizan.

Manakala Nicolas Bogaerts, Boris Feldheim, Victor Foubert, Lucas Putters dan Guillermo Hainaut menyudahkan shoot-out pasukan Belgium

Berikutan kekalahan itu, skuad negara akan beraksi pada perlawanan klasifikasi ke-11/12, Jumaat ini, menentang pemenang perlawanan Afrika Selatan dan New Zealand.

Loading...
Terkini