comscore
Tumpuan :
Tragedi

Bayi Parah Digigit Kera Dalam Rumah

FOTO : Ihsan PDRM

Seorang bayi lelaki berusia 50 hari dilaporkan cedera parah akibat digigit kera jantan dewasa.

Kejadian dikatakan berlaku di Kampung Manggis, Sungai Puyu, Butterworth, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 2.15 petang itu, bayi tersebut baru bangun daripada tidur dan berada di ruang tamu rumahnya manakala ibu dan neneknya berada di dapur.

Katanya ketika kejadian, semua tingkap dan pintu rumah kampung itu tertutup manakala ibu serta nenek mangsa yang berada di dalam rumah berkenaan sedang membancuh susu dan memasak di dapur. 

“Ibu bayi itu terkejut apabila tiba-tiba terdengar tangisan kuat anaknya sebelum meluru ke ruang tamu dan mendapati bayinya sudah berlumuran darah dan dipercayai telah diseret kira-kira satu meter dari tilamnya. Seekor kera jantan dilihat terus keluar menerusi pintu rumah,”

“ibu mangsa terus menghubungi suaminya yang berada di kedai runcit untuk memaklumkan kejadian” katanya.

FOTO : Ihsan PDRM

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan gigitan di kepala, perut dan pipi bayi berkenaan, sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan” katanya.

Bayi itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan telah menjalani pembedahan kecil di bahagian perut, pagi semalam.

“Tiada kecederaan serius dibahagian perut. Doktor memaklumkan pembedahan hanya untukmencantumkan bahagian kulit perut yang cedera akibat gigitan kera dan mangsa akan dipantau doktor sekurang-kurangnya untuk dua minggu,” katanya.

Siasatan awal mendapati kera jantan dewasa yang bergerak sendirian itu sering berkeliaran di kawasan kampung itu dan ia adalah kejadian serangan pertama yang menyebabkan kecederaan parah kepada manusia.

Pihak polis telah membuat aduan kepada Jabatan Perhilitan untuk menangkap haiwan berkenaan. 

Loading...
Terkini