comscore
Tumpuan :
Tragedi

Dua maut kereta rempuh tiang

Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Jelapang di sini awal pagi ini. – FOTO : Ihsan bomba Perak

IPOH : Dua maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang dalam nahas jalan raya di Jalan Jelapang di sini awal pagi ini.

Mangsa seorang lelaki dan wanita yang menaiki kenderaan jenis Perodua Viva disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memberitahu pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu, pada jam 2.13 pagi.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Perodua Viva dalam keadaan terbalik dan terdapat dua mangsa masih berada di dalam kenderaan berkenaan.

“Komander operasi mengarahkan anggota untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan maut oleh petugas kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4 pagi,” katanya. -BULETIN TV3

Loading...
Terkini