comscore
Tumpuan :
Tragedi

Duda maut jatuh tingkat 9

Mayat duda dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan PPR Krubong semalam. – FOTO Ihsan PDRM

MELAKA: Seorang duda berusia 45 tahun maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat sembilan Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di bumbung tingkat dua Blok D PPR berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Balai Polis Tanjung Minyak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.55 petang.

“Siasatan awal mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan berikutan dia tinggal seorang diri di sebuah unit kediaman di tingkat sama.

“Mangsa cedera pada tangan kanan dan muka. Siasatan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheng, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Jamian Saleh berkata, seramai enam anggota bomba terbabit operasi mengangkat dan menurunkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini