comscore
Tumpuan :
Tragedi

[VIDEO] Jenazah dua beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

 

Oleh: Zahir Senapiah

KLUANG: Jenazah dua daripada enam mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 71 Jalan Batu Pahat – Mersing di sini selamat dikebumikan pagi ini.

Jenazah Allahyarham Muhammad Zharfan Noramin, 16, dan adiknya Muhammad Syakir 11 tahun dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Layang-Layang, Kluang jam 10.30 pagi.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Masjid Kampung Paya, di sini sebelum disembahyangkan serta diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan kenalan.

Jenazah dua beradik itu kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira satu kilometer dari masjid untuk disemadikan dalam suasana hiba.

Bapa dua beradik itu, Noramin Daud masih terkejut dengan kehilangan anak sulung dan anak ketiganya.

Lebih 200 orang termasuk ahli keluarga saudara dan rakan-rakan kedua-dua mangsa hadir memberikan penghormatan terakhir.

Selain dua beradik itu, turut maut adalah saudara mara iaitu allahyarham Siti Nurzannah Kahdar, 26, tahun dan adiknya Masrina, 21, Muhammad Adil Abdul Kadir, 23, serta Mohammad Asyraf Radiq Abdullah, 11.

Difahamkan jenazah empat lagi mangsa akan dikebumikan di Kuala Lumpur dan Hulu Selangor hari ini.

Dalam kejadian jam 5.32 petang semalam, 8 mangsa menaiki kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari Kluang ke Kahang dipercayai untuk berkelah di Pantai Air Papan, Mersing.

Turut berada dalam kenderaan yang sama dan masih dirawat di zon merah ialah Nur Annalesha Rania 7 tahun manakala pemandu Mohd Sharizan Syafandi 24 tahun dirawat di zon kuning akibat kecederaan di kepala, muka dan tangan sebelah kiri.

Manakala pemandu dan penumpang kereta Honda Stream yang merupakan pasangan suami isteri Zulkeflly Zakariah ,53, dan Kamariah Yusof, 48, serta anak mereka Ariana Nur Batrisyah Zulkeflly, 13, juga mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini