comscore
Tumpuan :
Tragedi

Bas rempuh treler, 6 cedera

Keadaan bas persiaran yang terbabit kemalangan

TANGKAK: Pemandu tersepit manakala lima penumpang pula cedera selepas bas persiaran merempuh treler di Kilometer 144.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan dekat Bukit Gambir di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar berkata, dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, bas dalam perjalanan dari Perak menghala ke Johor Bahru dilaporkan merempuh belakang lori treler jenis Volvo.

Pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati pemandu bas, lelaki berusia 40 tahun tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pasukan operasi berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dengan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, lima lagi penumpang lain dilaporkan cedera ringan manakala baki 18 penumpang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Farizan berkata, seramai sembilan anggota bersama dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi tamat pada 7.16 pagi.

Loading...
Terkini