comscore
Tumpuan :
Tragedi

Mayat Norsila Yang Disambar Buaya Ketika Memancing Ditemui

Mayat mangsa ditemui penduduk kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian asal.

KINABATANGAN : Mayat wanita yang dilaporkan disambar buaya di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, sudah ditemui, hari ini.

Mangsa, Norsila Sayong, 32 ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR), 6.35 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pada awal pagi tadi penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan bomba.

“Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.

“Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, ” katanya .

Terdahulu, mangsa dilaporkan disambar buaya ketika memancing di tebing sungai berkenaan, 3.40 petang semalam.

Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan ibunya daripada disambar buaya.

Loading...
Terkini