comscore
Tumpuan :
Tragedi

Remaja maut dua motosikal bertembung

FOTO: Ihsan PDRM

GUA MUSANG: Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Chin Teck, di sini, lewat malam tadi.

Mangsa Fakrul Nizam Tozi, 19, maut akibat kecederaan parah.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Fakrul yang menunggang motosikal Jenis Yamaha 135 LC disahkan meninggal dunia di hospital jam 12.06 tengah malam di wad kecemasan dan dipindahkan ke Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.

Dua lagi mangsa masing-masing berusia 17 tahun, parah pada kaki dan tangan kanan selain pendarahan beku pada kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang Fakrul cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan motosikal jenis Honda EX-5 dinaiki dua remaja perempuan.

“Akibat pertembungan itu, ketiga-tiga remaja terbabit mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Choon Foo berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392,” katanya.

Loading...
Terkini