comscore
Tumpuan :
Tragedi

Wanita Warga Emas Melecur Ketika Padam Kebakaran

FOTO: NSTP

TUARAN: Seorang wanita warga emas melecur ketika memadam kebakaran sebuah stor tempat penyimpanan minyak petrol di Kampung Kionsom, Jalan Topokon-Wangkod, Tamparuli, petang tadi.

Mangsa berusia 72 tahun, cedera pada tangan dan kaki dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata sepasukan 10 anggota bersama satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 3.34 petang.

Sebaik tiba, katanya, kebakaran stor jenis separuh kekal yang dijadikan tempat penyimpanan minyak petrol itu musnah 10 peratus dan berjaya dipadamkan mangsa terbabit.

“Mangsa warga emas itu cedera akibat terkena bahang api ketika berusaha memadam api dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Tuaran untuk tindakan lanjut,” katanya dihubungi.

Abdul Qawie berkata, operasi ditamatkan pada jam 4.20 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini