comscore
Tumpuan :
Tular

Gaji Cecah Hampir RM10,000 Jadi Pemungut Sampah

@ezzaiky7 memuat naik serta berkongsi pengalaman menjadi pemungut sampah di Singapura di laman TikToknya.

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia berkongsi dalam video di Tik Tok gajinya mencecah hampir RM10,000 dengan menjadi pemungut sampah di republik ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ezzaiky7, dia menunjukkan rutin hariannya bekerja sebagai pemungut sampah di Singapura.

Katanya, dia bersyukur walaupun tidak berpeluang menerima pelajaran yang tinggi tetapi memperoleh kerja yang bergaji tinggi dan rezeki lebih luas di negara orang.

Dia juga kelihatan gembira melakukan kerjanya itu tanpa sebarang rungutan.

Menerusi video itu, dia mendedahkan purata gaji sebagai pemungut sampah di Singapura boleh mencecah antara RM6,000 hingga RM9,600.

Videonya itu juga menjadi tular serta mendapat komen ramai netizen.Rata- rata memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Terima kasih adik kerana ‘contribute’ walaupun kerja ni tak semua rakyat Singapura nak buat. Apa pun pekerjaannya, janji halal” – kata seorang netizen.

SUMBER: @ezzaiky7/TikTok

Loading...
Terkini