comscore
Tumpuan :
Tular

‘Hantu Kancil Merah” Ditahan Polis, Pemandu Positif Dadah

Oleh Baharuddin Mohamed

ALOR GAJAH: Pemandu kereta Perodua Kancil merah yang tular di media sosial kerana didakwa memandu secara melulu sehingga menimbulkan kemarahan penduduk di Masjid Tanah sudah diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Balai Polis Masjid Tanah.

“Hasil pemeriksaan ke atas pemandu mendapati dia tidak mempunyai lesen selain cukai jalan keretanya juga telah tamat tempoh.

“Ujian saringan air kencing dilakukan juga menunjukkan suspek positif dadah,” katanya.

Hari ini tular satu hantaran di Facebook memaparkan gambar sebuah kereta Perodua Kancil merah berserta kapsyen ‘Hantu Kancil Merah Wanted’ yang didakwa netizen dipandu secara melulu sehingga mengundang keresahan penduduk setempat.

“Mengganggu ketenteraman dan jiwa manusia di jalan raya, ibarat Masjid Tanah dia punya.

“Hendak tunjuk samseng dekat jalan raya, memekak sahaja ekzos tak padan kancil. Ramai yang sedang mencari pemilik kereta ini,” demikian antara komen netizen.

Tambah Arshad, suspek yang merupakan peniaga makanan kini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
Terkini