comscore
Tumpuan :
Tular

Kejadian Seperti Hujan Meteor di Sarawak Adalah ‘Re-Entry’ Serpihan Roket China

Antara rakaman kejadian kemasukan semula (re-entry) sepihan roket milik China di ruang udara Sarawak. FOTO: Tangkap layar video tular

KUCHING : Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengesahkan kejadian seperti hujan meteor yang dirakam penduduk di Sarawak adalah serpihan roket milik China.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi MYSA dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian dikenali kemasukan semula (re-entry) serpihan roket Long March 5B milik China itu dikesan pada jam 12.55 tengah malam tadi.

“Sisa roket berkenaan telah terbakar ketika memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan itu juga melintasi ruang udara Malaysia.

“Sisa serpihan yang terbakar berkenaan telah direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu” katanya.

Terdahulu, penduduk di Sarawak awal pagi tadi digemparkan dengan kejadian didakwa seperi hujan meteor.

Fenomena yang jarang dapat dilihat itu turut tular di media sosial selepas dirakam orang awam.

Loading...
Terkini