comscore
Tumpuan :
Tular

Polis ambil keterangan ibu pegang anak sambil main flying fox

Tangkap layar video tular menunjukkan seorang wanita memegang anaknya ketika melakukan aktiviti flying fox di Kuala Kubu Bharu. – Foto: NSTP

HULU SELANGOR: Polis sudah mengambil keterangan seorang wanita yang memegang anaknya ketika melakukan aktiviti flying fox di Kuala Kubu Bharu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata wanita berusia 30-an itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, semalam.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kenapa wanita itu melakukan perkara berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook dan TikTok, video memaparkan seorang wanita bermain aktiviti flying fox sambil memegang anaknya.

Video itu kemudian mendapat kecaman daripada ramai pihak berikutan wanita terbabit didakwa tidak mempedulikan keselamatan dirinya dan kanak-kanak itu. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini