comscore
Tumpuan :
Jenayah

Remaja curi duit masjid sudah ditahan polis

Foto hiasan

PONTIAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes curi wang tabung Masjid Pekan Sanglang, Ayer Baloi yang videonya tular kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Muhammad Shofee Tayib, berkata pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 2 minit 19 saat yang dimuat naik dalam sebuah akaun Twitter pada jam 9.46 pagi kelmarin.

“Video yang tular pada 27 November itu memaparkan seorang lelaki sedang mencuri wang tabung di dalam masjid berkenaan.

“Namun, kejadian itu berlaku pada 20 November lalu pada jam 10.58 pagi dan pihak pengurusan masjid sudah membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Ayer Baloi pada 23 November,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Shofee berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian berjaya menahan suspek berkenaan di sekitar kawasan pekan Sanglang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK), jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama sepuluh tahun dan juga denda.

Loading...
Terkini