comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Tular: Bayi merangkak keluar dari lori remuk cari ibu

Tangkap layar daripada video tular menunjukkan bayi berusia setahun merangkak keluar dari lori yang remuk dan mencari ibunya.

JAKARTA: Seorang bayi berusia setahun merangkak keluar daripada lori yang remuk akibat berlanggar dengan sebuah lori lain dalam kejadian di Lampung, Sumatera, Indonesia, baru-baru ini.

Video tular daripada rakaman kamera pemuka pengguna kenderaan lain menunjukkan bayi itu merangkak keluar dari bahagian bawah kepala lori yang hancur dan mencari ibunya.

Bayi itu, dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Fatih Akbar berjalan mencari ibunya, dikenali Sri Devi.

@buletintv3

Seorang bayi berusia setahun merangkak keluar daripada lori yang remuk akibat berlanggar dengan sebuah lori lain dalam kejadian di Lampung, Sumatera, Indonesia, baru-baru ini. #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok Kemalangan #Tular #LoriLanggarLori #Sumatera #Indonesia

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Menerusi video itu, Sri Devi dapat dilihat berada di bahagian atas kepala lori berwarna kuning itu dan dilihat cuba keluar melalui pintu yang remuk.

Pada masa sama, kelihatan seseorang keluar dari sebuah lagi lori yang hancur dan terbaring di atas jalan raya.

Kemalangan itu dipercayai berlaku di wilayah Lampung, pada 9 September lalu.

Ketua Polis Trafik Lampung Tengah, Wahyu Dwi Kristanto berkata, pihaknya mengesyaki pemandu lori berwarna kuning terlelap ketika memandu, menyebabkan kenderaannya terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar lori lain.

Kedua-dua pemandu lori itu terselamat dalam nahas tetapi seorang daripada mereka parah di kepala dan patah kaki kanan, lapor CNN Indonesia.

Wahyu berkata, Sri Devi turut mengalami kecederaan, manakala bayi lelakinya lebam di mata kiri.

Sri Devi berkata, dia dan bayi lelakinya sedang tidur ketika kemalangan.

“Saya tidak tahu Fatih sudah berada di luar lori sehingga dia datang ke arah saya,” katanya sambil menambah anaknya berada dalam keadaan baik dan sudah dirawat di hospital berdekatan. – AGENSI

Loading...
Terkini