comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: PM arah misi menyelamat secara rapi, sistematik

FOTO: Reaksi mangsa yang terselamat di tempatkan di Balai Polis Ulu Yam susulan kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali. – Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands, dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

Perdana Menteri berkata beliau telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat mangsa insiden itu.

“Dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands.

“Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terbabit akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini,” katanya dalam kenyataan .

Loading...
Terkini