comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua Pegawai Pemerintah Skuadron Helikopter TLDM antara 10 korban tragedi

KUALA LUMPUR: Dua Pegawai Memerintah Skuadron Helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah di antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu di Lumut, Perak, hari ini.

Mereka yang terkorban adalah Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM, Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Pegawai Pemerintah Skuadron 502 TLDM, Komander Muhamad Amir Mohamad.

TLDM dalam kenyataannya, berkata dua pegawai berpangkat Leftenan Komander turut terkorban, iaitu Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin dan Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi.

“Selain itu, mangsa yang terkorban ialah Leftenan T Sivasutan; Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

“Nahas mengorbankan tiga penumpang masing-masing Pegawai Waran II TNL, Noorfarahimi Mohd Saedy; Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar; Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia anak Rohna,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, TLDM turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, selain memaklumkan pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini