comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Helikopter terhempas: PM akan umum bantuan kepada waris


Oleh: Juliana Sharin

LUMUT: Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sokongan dari aspek kebajikan itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

“Majoriti mereka adalah daripada keluarga yang muda juruterbang muda, anggota muda, dan anak-anak yang masih kecil, bayangkan anak umur 3 tahun tidak tahu apa-apa kehilangan ibu atau bapa,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah turut mengumumkan pembatalan Sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 yang dijadualkan berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut pada 3 hingga 5 Mei ini.

Menurut Fadillah, sambutan itu diganti dengan majlis tahlil yang akan dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Kepten Yang Dipertua TLDM.

“Perkara itu dimaklumkan kepada saya sebentar tadi, pada Jumaat nanti sambutan diganti dengan solat Jumaat diikuti dengan majlis tahlil,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini