comscore
Tumpuan :
Nasional

Letusan Gunung Ruang: AirAsia operasikan semula 19 penerbangan

Foto: NSTP

PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, mengoperasikan semula beberapa penerbangan yang dijadualkan berlepas serta tiba di Sabah dan Sarawak, hari ini, selepas banyak penerbangan terjejas susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.

AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan 19 penerbangan dioperasikan semula, antara lain membabitkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu.

Senarai penerbangan yang dioperasikan semula ialah AK5242 (KUL-BTU), AK5243 (BTU-KUL), AK5218 (KUL-KCH), AK5219 (KCH-KUL), AK5874 (KUL-SBW), AK5875 (SBW-KUL), AK5234 (KUL-KCH), AK5211 (KCH-KUL), AK5037 (JHB-SBW), AK5038 (SBW-JHB), AK5229 (KCH-KUL), AK5228 (KUL-KCH), AK6460 (KCH-SBW), AK6461 (SBW-KCH), AK5507 (KCH-KBR), AK5508 (KBR-KCH), AK1776 (SIN-KCH), AK6057 (BTU-KCH) dan AK5232 (KUL-KCH).

Menurutnya, AirAsia telah memaklumkan semua penumpang terbabit, dan mereka yang mengembara ke atau dari kawasan terjejas digalakkan menyemak emel berdaftar serta nombor telefon mereka untuk notifikasi pembatalan.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Bo Lingam berkata, penumpang boleh meminda penerbangan mereka dengan membuat perubahan sekali saja kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu untuk laluan sama, dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal, tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

“Mereka juga boleh mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun keahlian AirAsia Rewards untuk perjalanan akan datang dengan AirAsia, yang perlu ditebus dalam tempoh dua tahun dari tarikh pengeluarannya.

“AirAsia akan terus memantau keadaan letusan Gunung Ruang dan memberi maklumat tambahan mengenai perkembangan terkini,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini