comscore
Tumpuan :
Nasional

Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia

PETALING JAYA: Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah(PBRS) Tan Sri Joseph Kurup dilaporkan meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Berita pemergian veteran politik itu disahkan kakitangan anaknya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Difahamkan mendiang meninggal dunia di Institut Jantung Negara(IJN).

Beliau meninggalkan isteri, Puan Sri Melinda Mak Soak Fong dan enam anak.

Tan Sri Joseph bersara daripada arena politik Januari tahun ini dan meletak jawatan sebagai Presiden PBRS dan digantikan anaknya, Datuk Arthur.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini